tiba tiba teringin na menyenaraikan jenis lelaki yg sweeeeet .
mia tak bernas mcm korang , tp ini pendapat mia . ^^,
- Lelaki yang berani menangis untuk perempuan . Lelaki mcm ni sweet sangat . Sebab macam semua orang tahu , lelaki org yg paling susah na menangis . Kadang kadang mereka lbeyh cenderung untuk mempertahankan ego mereka berbanding mempertahankan hati insan yang mereka sayangi . Dan ada masanya keegoan mereka memakan diri mereka sendiri . But heyyy , masih ada lelaki yang merendahkan ego mereka untuk perempuan . Dan kadang kadang terlalu rendah sehingga dibuli kekasih haty . Hai lelaki , berpada pada lah dalam melayan ego korang .
- Lelaki yang membawa perempuan ke klinik . alahaii jejaka comel . Sweet sungguh bila korang sanggup bawa perempuan ke klinik . Tak kisah lah , kawan ke , kekasih ke , mak ke , adik beradik ke . Korang nampak comel bila bawa perempuan ke klinik . Nak nak bila perempuan tu dah tak larat sgt , korang pimpin dea masuk klinik. Comel mcm kura kura . mwehehehe .
- Lelaki yang buat sesuatu yang taksuka dibuat untuk perempuan . Sory yep . Ayat berputar putar mcm tayar . paham tak ny ? Contohnya , lelaki ni tak pernah teman perempuan pergi beli kasut , tiba tiba untuk kekasih haty nya , dea sanggup temankan . Kan comel ? Bila si perempuan try kasut di kedai kedai kasut dalam Malaysia , ada lelaki disampingnya , memegang beg shopping sambil memberi pendapat tentang kasut yang dicuba si perempuan . Comelnyaaaaaaa .
- Lelaki yang tersenyum secara spontan setiap kali melihat orang yang disayangi . ohhh , sosweet . sebab boleh nampak si lelaki ni bahagia dengan si perempuan . Sama lah dengan si perempuannya . Hihii , mesty comel .Wahai lelaki , senyuman korang yang ikhlas tu lah yang paling kacak di alam semesta . senyuman tu yang menentukan kekacakkan korang . hahaha ,
- Lelaki yang berkorban masa untuk perempuan . Lelaki ini jenis betul betul menyayangi perempuan itu . Sebab apa ? cuba korang tanya sesiapa sahaja , sanggup tak dorg tinggalkan kawan kawan dorg untuk korang . Atau mungkin tinggalkan kerja korang untuk korang . Mungkin juga korang cuba minta dorang buad apa apa untuk korang masa dorang ada masa rehat yang terhad . Mungkin ada yang akan menurut kehendak korang , tapi mesti ada lelaki yang akan menolak permintaan korang . Berdasarkan pemerhatian mia , lelaki lebih mengutamakan kawan kawan berbanding benda lain . Kebanyakkan lelaki yang mia kenal , macam tu la . Jarang yang sanggup meninggalkan kawan kawan semata mata untuk perempuan neh . Hihii ,
- Lelaki yang bangun awal untuk perempuan . Sebagai contoh , lelaki ni sanggup bangun pagi pagi buta untuk menemankan si perempuan berjoging . Sweet kan ? Pastu main kejar kejar kat taman rekreasi mcm kanak kanak riang tak cukup umur . Hahaha . Mia slalu buad gitu . :) Bukan senang untuk lelaki yang kuad tidur , bangun di pagi pagi buta untuk menemankan insan yang disayanginya tu tahuu ? Nak nak pulak bila lelaki tu kena teman kita di tempat yang agak jauh dari rumah dea . Kesian .
- Lelaki yang membawa perempuan berjumpa mak kesayangannya . Kebiasaannya , lelaki merupakan anak mak . Anak mak semestynya akan menyediakan sesuatu yang terbaik untuk mak mereka . Sebagai contoh , menyediakan khidmat driver untuk mak ke kedai , khidmat butler untuk mak di pasar , menjadi despatch untuk mak menghantar barang ke rumah kawan kawannya , dan sebagainya . Anak mak sanggup buad apa saja untuk mak dea . Jadi , bila anak mak ni dah bawa seorang perempuan berjumpa dengan mak dea untuk dijadikan suri hidupnya , maksudnya anak mak dah sedia . Haha .
- Lelaki yang bersembang panjang dengan orang tua . Manis kan ? Bila tgk lelaki berbual dengan orang tua . Manis sangat . Bila tgk seorang lelaki berborak panjang dengan wajah ceria dgn org tua yg ramai . Bila orang tua tu boleh berborak dengan lelaki mcm kawan baik . Bukan senang na tgk lelaki jenis ni . Nak nak bila lelaki tu duk kt rumah bujang . Ha , cuba bayangkan . Lelaki yang duk kt rumah bujang ni , keluar setiap petang untuk berborak dengan orang tua dan bermain dengan budak budak . Sweetnyaaaa .
- Lelaki yang bermain dengan budak budak . Hm , lelaki yang bermain dengan budak budak . Susah jugak na tgk lelaki main dengan budak budak . Maksud mia , budak budak la . Babies , kids . Manis bila tgk lelaki mengagah baby . Manis bila tgk lelaki melayan budak kecik . Kan budak kecik yang baru belajar bercakap , akan bercakap sepanjang masa ? Macam kita baru dapat SAMSUNG GALAXY S III , segala benda kita na ckp kt org psl fon tu kan .. Skg ny sama la mcm budak budak tu . kan dorg baru blaja bckp . Mcm mcm benda la dorg na ckp . Bila lelaki melayan budak budak tu bckp , mmg sweet sgt tauu . hihii ,
Well , so longg . tataa ,
No comments:
Post a Comment